Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mas Elon bertemu pemimpin dan ahli perniagaan Indonesia


PERTEMUAN beberapa pemimpin kerajaan dan ahli perniagaan Indonesia dengan pengasas Tesla Inc, serta bakal pemilik baharu Twitter Elon Musk, ternyata menarik perhatian banyak pihak.

Dalam catatan yang dikongsikan usahawan Pandu Sjahrir, pertemuan itu berlangsung pada Selasa di ibu pejabat Tesla Inc, di Austin, Texas, Amerika Syarikat.

Turut menyertai delegasi dari Indonesia itu adalah Menteri Koordinator Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan, serta Ketua Umum Dewan Pertimbangan Kadin, yang juga Pengarah Utama PT Bakrie & Brothers, Anindya Bakrie.

“Delegasi kami diketuai Luhut Pandjaitan, dan kami berbicara (dengan Musk) mengenai kenderaan elektrik, tenaga boleh diperbaharui, serta B20 (dialog perniagaan G20),” menurut Pandu Sjahrir lagi.


Ahli perniagaan itu berkata, dalam pertemuan tersebut, Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc menunjukkan keterujaan ketika berbincang mengenai Indonesia, serta kemajuan industri nikel dan kenderaan elektrik di negara itu.

Beliau berkata, pertemuan itu diharap dapat membawa lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi ke Indonesia, dan semoga negaranya itu mempunyai keupayaan untuk menjadi penghasil komponen penting dalam rantaian industri kenderaan elektrik global

-Awani