Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Model Ukraine miliki pipi paling besar di dunia


Seorang model wanita Ukraine mendakwa dirinya memiliki pipi paling besar di dunia dan berazam untuk mengekalkan gelaran tersebut, lapor Daily Star.

Menurut laporan, Anastasia Pokreshchuk, 33, sudah banyak kali menjalani rawatan kecantikan pada wajahnya termasuklah menyuntik filler pada bahagian pipi.

Difahamkan, walaupun pipinya kini sudah kelihatan besar dan amat berbeza berbanding saiz yang normal, namun dia tekad untuk terus menyuntiknya lagi.

Selain menjalani pembedahan pada tulang pipi, Anistasia juga sanggup membelanjakan wangnya untuk melakukan pembedahan pada payudara dan bibirnya.

Difahamkan, dia mula ‘sibuk’ ke pusat kecantikan untuk mencapai wajah impiannya itu sejak berusia 26 tahun.

Dia juga pernah membelanjakan kira-kira RM8,000 hanya untuk membuat pembedahan tulang pipinya sahaja.


Menurut Daily Star lagi, model Ukraine tersebut turut menyuntik bahan kimia dipercayai Botox pada bahagian dahinya.

Selain itu, dia dikatakan menggunakan veneers pada gigi untuk tampak lebih putih, serta filler pada bibir dan adjust semula kawasan di sekeliling mulut.

Sejak beberapa bulan lalu, wanita itu sering membuat urutan pada perut dalam usaha menggalakkan penurunan berat badan.



Difahamkan, penampilan uniknya itu sering dianggap seksi dan cantik oleh kalangan pengikutnya di media sosial.

Bagaimanapun, tidak kurang juga ada yang mendakwa bahawa pembedahan kosmetik yang dilakukannya itu sudah terlalu ‘jauh’ dan agak berlebihan.


Untuk rekod, Anastasia kini mempunyai kira-kira 82,500 pengikut di laman Instagram miliknya.

Bagi wanita itu, pengaruh dan penampilan terkininya membuatkan hidupnya lebih gembira kerana menganggap wajah terdahulunya lebih hodoh.

Meskipun dipandang pelik oleh orang lain, namun model Ukraine tersebut tetap tidak mengambil endah akan kata-kata orang.

-DailyStar