Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Muhyiddin minta bantuan untuk jadi PM semula -Tun M


KUALA LUMPUR: Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menemuinya baru-baru ini untuk meminta bantuan mendapatkan semula jawatan perdana menteri.

“Muhyiddin jumpa saya, beliau mahu saya sokong percubaannya untuk jadi PM sekali lagi,” kata Mahathir pada sidang media di sini, hari ini.

Apabila ditanya sama ada beliau akan menyokong Muhyiddin, Mahathir berkata, Pejuang “tidak akan menyokong individu yang gagal sebagai PM sama seperti Najib (Razak)”.

Semalam, dua bekas Perdana Menteri itu dilaporkan mengadakan pertemuan baru-baru ini atas permintaan Muhyiddin.

Anak Mahathir, Mukhriz dipetik sebagai berkata, Muhyiddin mahu Pejuang dan Bersatu bekerjasama dalam menghadapai pilihan raya umum akan datang (PRU15).

-FMT