Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelawak terkenal ditahan, simpan 76 video lucah dalam Google Drive (video)


Pihak polis hari ini mendedahkan seorang pelawak terkenal dengan pengenalan nama M menjadi salah seorang pembeli video lucah dari Dea OnlyFans.

Penahanan itu dibuat hasil dari soal siasat pihak berkuasa tempatan dengan pemilik video lucah Gusti Ayu Dewanti atau lebih dikenali sebagai Dea yang ditangkap baru-baru ini kerana menjual konten video seks miliknya.

Pelawak M itu didakwa memiliki 76 konten porno yang dibeli dalam satu Google Drive. M dipanggil sebagai saksi oleh pihak polis Jakarta hujung minggu ini untuk mengetahui sama ada dia juga turut menyebarkan video tidak senonoh tersebut kepada umum.

“Pelawak terkenal dengan pengenalan M membeli video tersebut. Dia membeli secara langsung dari Dea.

“Nanti kami akan lihat apakah dia juga ikut menyebarkan atau tidak (video).


“Nanti akan kami periksa jadi saksi terlebih dahulu,” jelas pihak berkuasa kepada wartawan, lapor Detik.com.

Polis juga menyatakan selain video, M turut menyimpan beberapa keping foto Dea dalam keadaan bogel.

Sebelum ini Dea membikin kontroversi di republik tersebut selepas ditangkap kerana menjual konten pornografi dan foto tak senonoh menerusi laman web berbayar OnlyFans.

Menurut laporan, perempuan tersebut banyak melakukan aktivitinya di Malang, Indinesia. Dea malah turut menjual salah satu video seksnya bersama bekas kekasih, tanpa lelaki tersebut menyedari perbuatan jijik mereka dirakam dan dijual di pasaran.

video:

-TribuneBatam