KUALA TERENGGANU: Seorang penceramah bebas ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata suspek yang berusia 61 tahun itu ditahan di Balai Polis Ajil , Hulu Terengganu pada Isnin ketika hadir memberi keterangan.
Katanya kejadian dipercayai berlaku pada Mac lalu di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu.
Ketika kejadian mangsa mengikuti keluarganya yang menyertai program diadakan suspek di rumah bot berkenaan bersama ayah dan neneknya.
"Berikutan itu mangsa dikatakan menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata suspek kini direman selama dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
-Awani