Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pinjaman peribadi Touch 'n Go undang pertikaian netizen

Tengku Zafrul turut hadir di majlis pelancaran 

Pada 1 April 2022, portal The Vocket melaporkan bahawa Touch ‘n Go eWallet telah memperkenalkan produk kewangan baharu iaitu skim pinjaman peribadi digital yang dikenali sebagai GOpinjam.

Skim pinjaman peribadi digital tersebut membolehkan pengguna yang layak boleh memohon pinjaman peribadi sehingga RM10,000 dengan ansuran fleksibel dari 1 minggu hingga ke 12 bulan.

Apa yang mengejutkan adalah kadar faedah tetap antara 8% sehingga 36% setahun bergantung kepada tempoh pinjaman. Syarat kelulusan ditentukan oleh CIMB Bank (CIMB Ez-pay). Kadar faedah yang agak tinggi mendapat perhatian ramai.


Menjengah ke ruangan komen perkongsian di page The Vocket, rata-rata netizen mengatakan ini adalah ‘jerat’ untuk orang ramai kerana boleh membuatkan mereka muflis jika tidak mampu membayarnya kelak.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berpendapat kadar interest yang dikenakan cukup tinggi dan akan memakan diri. Malah, rata-rata netizen turut menasihati anak muda agar tidak terpengaruh untuk membuat pinjaman yang mengamalkan riba.

Segelintir netizen juga berpendapat untuk membebankan diri sendiri dengan membuat pinjaman yang memiliki kadar interest tinggi. 

Untuk pengetahuan anda, produk ini adalah produk perbankan konvensional dan tidak mematuhi Syariah.





Sedikit maklumat mengenai Go Pinjam:

-Ia menawarkan pinjaman RM100 sehingga RM10,000. 
-Gaji RM800 ke atas layak meminjam
-Kadar interest  8% - 36% p.a
-tidak patuh syariah
-Ada cas tambahan +1% jika lambar bayar.
-Tempoh pinjaman dari 1 minggu sehingga 1 tahun

sumber: The Vocket