Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis Langkawi siasat video pelajar lelaki dibelasah ramai-ramai dalam kelas


LANGKAWI: Seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di sini didapati dipukul hampir 10 orang pelajar lelaki lain dalam satu video yang tular dalam media sosial di sini hari ini.

Video yang berdurasi 25 saat itu  menunjukkan pelajar yang dibuli tersebut menyatakan sesuatu sebelum dipukul oleh pelajar-pelajar lain dalam sebuah kelas.

Rakaman video tersebut juga menunjukkan pelajar tersebut dibaling dengan meja tulis di kepalanya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah di sini berdasarkan pakaian sekolah yang dipakai pelajar dalam video itu.


Beberapa pengguna Telegram membalas hantaran tersebut yang tidak bersetuju dengan kelakuan pelajar tersebut.

“Budak-budak la (sekarang) ni pakat-pakat nak tunjuk hero…,” kata Mohd. Yunus Ali.

“Raya dalam lokap la,” kata Muhd Bakhtiar.

“Awat (kenapa) sampai jadi lagu (macam) ni…” kata L.


Sementara itu, Ketua Polis Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan pihaknya telah menerima aduan mengenai  insiden tersebut.

“Pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes sedang dalam siasatan.

“Maklumat lanjut akan menyusul kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

–UTUSAN ONLINE