Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Puad nak beli lukisan Parlimen beruk katak dari Sultan Selangor


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi sedia membeli lukisan orang utan dan katak di dalam Dewan Rakyat milik Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah jika baginda melelongnya suatu hari nanti.

Menurutnya, jika karya itu menjadi miliknya, ia tidak akan dijual lagi.

“Says akan hadiahkan kepada Muzium Negara untuk dipamerkan kepada orang awam,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Selasa lalu, Selangor Royal Office berkongsikan tentang sebuah karya senia yang memaparkan kaum beruk dan katak bersidang dalam Dewan Rakyat menarik perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.





”Sebaik melihatnya, baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di ‘private study room’ baginda.

“Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” katanya.