ULASAN NAJIB RAZAK:
Entah dari longkang mana dia kutip fakta atau dia reka sendiri.
Rafizi kata masalah asas Sapura ialah pengurusan kejar harga saham dengan sengaja membida projek yang akan rugi.
Dia beri kesimpulan bahaawa lagi banyak projek rugi diumum menang, lagi tinggi harga saham maka lagi tinggi pampasan dan bonus diberi kepada pengurusan Sapura.
Di alam mana dia duduk?
Tengok harga saham sejak tahun 2014. Kat mana yang harga saham Sapura naik sejak 8 tahun dahulu?
Lagipun, harga saham hanya naik untuk seketika sahaja sekiranya umum menang projek. Harga saham adalah lebih bergantung kepada untung/rugi sebuah syarikat dan pulangan dividen diberi kepada pelabur.
Logik dia adalah songsang. Terbalik dengan realiti.
Lagi banyak projek yang rugi diambil, lagi banyak kerugian ditanggung dan lagi rendah harga saham akan turun - bukan sebaliknya.
Jelas Rafizi tak faham masalah asas SAPURA
Tulisan Rafizi hari ini jelas menunjukkan dia langsung tak faham masalah asas Sapura Energy sebab dia langsung tak sebut keempat-empat kejadian yang amat penting:
1. Kejatuhan harga minyak dunia (ataupun great oil price crash) sebanyak 80% sehingga ke paras bawah US$30 satu tong yang berlaku dari tahun 2014 hingga 2016 mengakibatkan banyak customer Sapura hentikan projek baharu.
Pada ketika kekurangan projek maka persaingan untuk menang projek adalah lebih tinggi maka margin keuntungan projek akan rendah.
2. Kegagalan PNB untuk membantu Sapura mendapat kemudahan modal kerja sebanyak RM2 bilion dari bank pada tahun 2019 menyebabkan kemampuan Sapura untuk menyampaikan projek terjejas.
"PNB was to play a key role in enabling this RM2 billion facility from banks, hence the discount, what was needed was working capital, but one of the banks got nervous and pulled the plug, which in turn made the other banks jittery as well, so Sapura Energy did not get the RM2 billion,”
https://www.theedgemarkets.com/.../will-pnb-invest-more...
3. Lockdown pandemik Covid dan penutupan sempadan negara telah menghalangkan dan merumitkan keupayaan Sapura untuk menyampaikan projek dan mendapat bayaran.
4. Baki kemudahan modal kerja bank Sapura telah dibeku oleh bank pada Oktober 2021 - menyebabkan banyak projek tidak dapat diteruskan.
Kesemua di atas adalah material event yang sangat penting, kenapa tak mahu sebut?
Cuma mahu sebut logik songsang bahawa lagi banyak rugi, lagi tinggi harga saham.
Dia juga sebut ini:
"• 10 Mac 2022 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi pelepasan kepada Kumpulan Sapura di bawah Seksyen 366 dan 368 Akta Syarikat yang membolehkan Sapura merundingkan menstrukturkan kembali pembayaran hutangnya kepada pemiutang dan vendor."
Dia sebut Akta tapi dia tak sebut apa sebenarnya ini dan bila tempoh pelepasan ini akan tamat.
Apa yang terjadi ialah Sapura sudah dihukumkan berpuluh perintah muflis oleh vendor-vendornya. Pelepasan mahkamah yang diberi pada 10 Mac 2022 pula ialah menghalang Sapura diisytiharkan muflis serta-merta dan tempohnya akan tamat pada 10 Jun 2022 - iaitu sekitar 2 bulan lagi dari hari ini.
Ini juga bermakna vendor-vendor masih tidak akan menerima bayaran dari Sapura dalam tempoh 3 bulan ini. Ada yang tidak dibayar sejak lebih setahun dahulu, mampukah mereka bertahan lagi?
Dan apakah akan berlaku sekiranya rundingan dengan vendor gagal menjelang tamat pelepasan ini?
Rafizi juga tidak beritahu bahawa pembekuan fasiliti bank pada bulan Oktober 2021 menghalang Sapura untuk menyampaikan projek sedia ada dalam tangan bernilai sebanyak RM7 bilion.
Dan jika projek lambat siap maka penalti lewat akan dikenakan. Sekiranya, penalti ialah 10% maka nilai penalti ialah RM700 juta dan jika 20%, ianya RM1.4 bilion.
Pada masa yang sama, Sapura juga akan kehilangan peluang untuk mengambil kesempatan pada ketika harga minyak dan gas tinggi dan permintaan dunia bagi perkhidmatannya semakin naik.
Sapura mampu pandang sahaja apabila pesaing-pesaing mereka merebut projek-projek baharu ketika ini.
Rafizi juga kata pengurusan baharu yang sudah lebih setahun berkhidmat di Sapura sudah ada pelan rasionalisasi yang dinamakan Projek Reset."
Tetapi apa yang Rafizi tak sebut ialah Pelan Rasionalisasi ini adalah untuk menjual aset - iaitu keadaan yang kita mahu elak sebab sebuah syarikat dalam krisis yang terpaksa jual aset akan menerima harga jualan paksaan ataupun firesale price.
Hanya syarikat-syarikat pembeli asing akan untung dalam keadaan ini sebab aset-aset Sapura adalah lebih baharu dan lebih canggih berbanding pesaing.
Untuk membina syarikat dan kekuatan negara, kita bukan jual aset semasa dalam kemelut tetapi dengan cara membina aset dan kekuatan.
Memang benar bahawa pengurusan baharu Sapura adalah veteran industri minyak dan gas yang sangat berkaliber tetapi mereka adalah dari syarikat-syarikat besar yang banyak cash.
Keadaan di Sapura sekarang adalah sangat berbeza dengan Petronas dan Shell dan saya tidak fikir pengurusan baharu akan tolak jika ditawarkan kemudahan modal kerja RM2 bilion dari bank jika diberi jaminan pinjaman kerajaan.
Kesimpulannya, cara penyelesaian Rafizi ini sebenarnya ialah tiada cara penyelesaian.
Dia kata biar sahaja keadaan. Langsung tak ada apa-apa cadangan baharu.
Kenapa logik dia sangat songsang kali lini dan tak masuk akal?
Mudah.
Hari itu, dia umum niatnya ialah untuk bangkang apa yang Najib cadang sebab dia nak ambil balik inisiatif dari saya demi kepentingan kerajaan.
Jadi, jika Najib kata perlu bantu Sapura maka dia kata tak boleh.
Dan jika Najib kata tak perlu bantu Sapura dan biarkan sahaja, dia akan jawab bahawa Najib kejam, zalim dan tak berhati perut sebab tidak memikir nasib berpuluh ribu Rakyat yang kerja di Sapura dan vendor-vendornya ataupun Najib tak fikir kepentingan sektor minyak dan gas negara.
sumber: FB Najib Razak