Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Senyap aja ahli politik, ada apa-apa kaitan dengan Rumah Bonda ke?" Soal TMJ


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoal ke mana perginya pemimpin politik di negara ini yang tidak bersuara berhubung isu penderaan terhadap Bella.

Mengajukan persoalan itu di ruang Instagram miliknya, Tunku Ismail berkata tindakan mendiamkan diri itu telah menimbulkan tanda tanya sama ada pemimpin politik tertentu terlibat dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

"Berkenaan kes Bella, mana pergi semua ahli politik yang 'so called pro-human rights' ni semua? Senyap aja.

"Ada apa-apa kaitan dengan Rumah Bonda ke?" soal Tunku Ismail.


Baginda pada masa sama mempersoal sama ada rumah jagaan itu terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

"Adakah beberapa rumah ini semua digunakan pihak-pihak tertentu untuk pengubahan wang haram dan pemerdagangan manusia?


"Dua-dua belah senyap," katanya di Instagram peribadinya.

Pada 19 April lalu, Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bagi membincangkan soal pembelaan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down itu yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini.

-Awani