Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Siapakah Menteri-Menteri yang tolak RUU Anti Lompat Parti ini? soal Zahida


KUALA LUMPUR: Berikutan penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sepatutnya diadakan pada Isnin depan, Ketua Puteri UMNO Malaysia, Dato Zahida Zarik Khan melahirkan rasa kecewa dengan pengumuman tersebut.

"Satu berita yang amat mengecewakan. Dikhabarkan keputusan penangguhan dibuat kerana kabinet tidak setuju ia dibentangkan dalam masa terdekat."ujar Zahida.

"Persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat. Siapakah Menteri-menteri yang menolak RUU Anti Lompat Parti ini?"

"Adakah kerajaan tidak serius dalam mewujudkan undang-undang ini? Rakyat sudah penat dengan kecelaruan politik akibat daripada tindakan ahli ahli parlimen lompat si katak lompat ini."

"Selaras dengan ketetapan parti, RUU ini mesti disegerakan hingga lulus di dewan rakyat nanti."kata Zahida melalui Facebook beliau.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi dilapor mengesahkan bahawa RUU itu tidak akan dibentangkan dalam sidang khas Dewan Rakyat pada 11 April ini, sebaliknya ia akan dihantar balik untuk kajian lanjut berhubung definisi “lompat parti”.

Sementara itu, Wan Junaidi menafikan dakwaan “sabotaj politik” dalam penangguhan itu, sebaliknya berkata, ia hanya perbezaan pendapat dalam memuktamadkan beberapa aspek dalam RUU terbabit seperti definisi “lompat parti”.


“Tidak ada pun sabotaj politik. Tak mungkin itu sabotaj politik. Rasanya perbezaan pendapat daripada sebahagian orang dalam kerajaan.

“Bukan tak setuju dengan undang-undang, (cuma) tidak setuju dengan beberapa cirinya. Beberapa cirinya kena ubah.”

Katanya, pembentangan sebenar RUU Anti Lompat Parti akan diadakan dalam masa terdekat yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob selepas berbincang dengan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun.

-TunCarlos