Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sultan Selangor beli lukisan Parlimen Beruk dan Haiwan


PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli karya lukisan yang memaparkan Dewan Rakyat yang dipenuhi haiwan seperti katak dan monyet.

Karya itu hanya menampilkan tiga orang manusia iaitu Yang Dipertua Dewan Rakyat yang menyerupai Tan Sri Azhar Azizan Harun dan dua orang lagi kakitangan Parlimen.

Sebaliknya, kesemua tempat duduk dalam Dewan Rakyat diisi oleh haiwan-haiwan seperti katak, monyet, beruk dan gorila.

Perkara itu dimaklumkan oleh akaun Facebook Selangor Royal Office yang memuat naik gambar baginda bersama karya tersebut.

“Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian Sultan. Sebaik sahaja melihatnya, baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di private study room baginda.


“Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” menurut kenyataan itu.

Karya itu seolah-olah menyindir ahli-ahli Parlimen terutama dari Pakatan Harapan yang seringkali bersikap seolah-oleh seperti haiwan-haiwan tersebut yang seringkali mencelah dan bersikap keterlaluan ketika sesi perbahasan. 







– UTUSAN/TunCarlos