Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak perlu bayar tol jika sesak lebih 1 kilometer


JAKARTA – Kementerian Pengangkutan Indonesia memaklumkan pembayaran tol lebuh raya akan menjadi percuma sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer (km) semasa lebaran tidak lama lagi.

Menurut laporan laman berita Suara, Menteri Pengangkutan, Budi Karya Sumadi mengesahkan hal itu bagi memastikan perkhidmatan tol dilaksanakan ke tahap maksimum semasa sambutan Aidilfitri.

“Jika kesesakan di gerbang tol melebihi satu kilometer maka ia tidak perlu dibayar, automatik jadi percuma.

“Ini bagi mengelak kesesakan berlanjutan bagi tempoh yang lama,” jelas Budi.


Bagaimanapun, kebanyakan pengguna media sosial dilihat seperti kurang percaya dengan jaminan itu dan dianggap sebagai strategi pemasaran semata-mata.

“Adakah jaminan ini boleh dipercayai dan bukah sekadar khabar angin?” komen seorang pengguna media sosial.

“Kita setuju sahaja sekarang dan lihat apa yang berlaku di hari kejadian,” tulis seorang lagi. 

– Agensi