Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun Mahathir dipanggil untuk soal siasat


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa dirinya bakal disiasat, namun tidak mendedahkan perkara tersebut secara terperinci. 

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataannya, hari ini.

“Ya. Saya akan dipanggil untuk soal siasat. Di Malaysia ini, satu tekanan yang menakutkan. Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay,” katanya. 

Terdahulu, Mahathir menyatakan kehairanannya apabila rakyat Malaysia tidak marah terhadap Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, kedua-dua nama tersebut adalah antara  yang disebut berkali-kali sebagai terlibat dengan kes 1 Malaysia Development Bhd. (1MDB).

“Laporan-laporan ini boleh dibaca dalam akhbar Malaysia. Tetapi yang peliknya ramai orang Malaysia tidak sedikit pun marah terhadap Najib dan Rosmah, jauh sekali merasa malu. 


Di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, parti Najib disokong sehingga menang dua per tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” ujarnya. 

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menjadi Perdana Menteri sekiranya UMNO Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera seperti mana yang dimahukan ahli parti itu. 

“Yang akan jadi Perdana Menteri tentulah penyokong kuat Najib. Bagi kerajaan yang akan didirikan, yang utama ialah membebas Najib dari hukuman 12 tahun penjara.

“Contoh sudah ada. Anak tiri Najib terlepas dari penjara kerana bagi balik separuh dari duit yang dicuri. 

“Najib boleh bagi balik banyak mana yang dikehendaki oleh Kerajaan BN. Ia akan diampun. Maka setelah mencuri berbillion ringgit, Najib yang didapati salah, tidak dipenjara barang sehari pun.

“Ini keadilan di Malaysia. Curi seekor ayam masuk penjara serta merta. Oleh itu curi berbillion. Didapati salah oleh mahkamah. Bagi balik setengah billion. Bebas. Belum jadi, tetapi boleh jadi. Saya agak-agak sahaja,” jelasnya.

 –UTUSAN ONLINE