Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita dikecam, bagi anak kencing dalam botol dekat medan selera


SINGAPURA – Seorang wanita di Singapura menjadi tular apabila gambarnya memegang botol sambil seorang budak lelaki membuang air kecil di dalamnya ketika makan di sebuah medan selera mencetuskan kontroversi, lapor laman Mothership.

Gambar tersebut telah dimuat naik di sebuah halaman komuniti Facebook yang diberi nama COMPLAINT SINGAPORE.

Paparan gambar menunjukkan kanak-kanak itu berdiri sambil kencing dengan wanita berkenaan memegang botol di hadapannya.

Turut kelihatan adalah pemanis mulut ais kacang yang diletakkan di atas meja berhampiran mereka.

Orang di sekeliling mereka seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku.

Kapsyen itu juga menyebut bahawa tandas terdekat terletak hanya satu minit dari tempat mereka duduk.


Kejadian yang dipercayai berlaku di medan selera Plaza Tiong Bahru itu menuai pelbagai komen positif dan negatif mengenai tindakan yang diambil oleh dua warga Singapura tersebut.

“Mungkin mereka takut jika ke tandas, tempat duduk akan diambil oleh pelanggan lain,” komen seorang pengguna media sosial.

“Itu mungkin alasannya tetapi cara ini tidak bersih terutamanya di kawasan di mana orang ramai menikmati makanan dan semestinya ia cara yang salah untuk mendidik kanak-kanak itu,” komen seorang lagi. 

– Agensi