Baru-baru ini, kecoh apabila seorang wanita, Raja Aini Rahman mendakwa dia memiliki sepasang set perisai berusia 300 tahun yang dipercayai milik kesultanan Brunei.
Jelas wanita itu, set perisai tersebut secara misteri muncul di hadapan rumahnya pada tahun 2004. Bagaimanapun, dia menolak untuk memberi maklumat terperinci berkenaan kejadian ini.
Wanita yang berasal dari Subang, Selangor ini berkata, set perisai tersebut dipercayai adalah milik kesultanan Brunei ke-16, Sultan Husin Kamaluddin Malik Al-Dzahir, yang memerintah pada abad ke-18 dari 1710 hingga 1730, dan sekali lagi pada 1737 hingga 1740.
Raja Aini |
Difahamkan, Raja Aini yang merupakan penjaga perisai itu selama 18 tahun telah menjaga artifak itu dengan baik. Jelasnya, dia telah berkali-kali cuba untuk mengembalikan perisan itu kepada Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah, namun cubaanya gagal.
Sebagai langkah alternatif, Raja Aini meminta rakannya, Nurul Shafizi Mazlan, 37, dan Aina Nabila Mazlan, 22, yang merupakan adik beradik, untuk menyebarkan berita ini dengan harapan mendapat perhatian Sultan Brunei.
“Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengembalikan baju besi ini kepada KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah tetapi menemui kegagalan. Baju ini masih berada disini dan tidak pernah sampai atau diambil oleh Kerajaan Brunei walaupun pakar dari Brunei telah mengesahkan ketulinannya”, tulis Aina Nabila mewakili pemegang amanah.
Menurut satu laporan dari sumber lain, seorang pegawai rasmi dari Brunei telah menghubungi pihak Raja Aini, namun masih belum ada sebarang temu janji dibuat. Difahamkan juga, mereka masih belum menerima surat rasmi berkenaan perkara ini.
Kredit: NST, Aina Nabila