Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wisma Putra buat laporan polis, isu rakaman suara tular


Kementerian Luar Negeri telah membuat laporan polis mengenai isu seorang lelaki menyampaikan rakaman suaranya kepada seorang bergelar ‘Datin’ berkaitan kementerian itu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini berkata Kementerian Luar Negeri memandang serius tuduhan tidak berasas melalui rakaman suara tular tersebut yang dilihat bertujuan menimbulkan kekeliruan bagi kepentingan pihak-pihak tertentu.

“Sehubungan itu satu siasatan dalaman sedang dilaksanakan dan laporan polis telah dibuat demi melindungi kepentingan dan imej Kementerian Luar Negeri,” kata kenyataan itu.


Baru-baru ini tular di media sosial rakaman suara seorang lelaki berkaitan Kementerian Luar Negeri yang disampaikan kepada seorang individu bergelar ‘Datin’.

- Bernama