Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemilihan PKR: MB Selangor dikhabarkan kalah di cabang Gombak


SHAH ALAM - "Kalau ikut kiraan tidak rasmi, Farhash Wafa Salvador sudah menang pemilihan bagi Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak."

Demikian pendedahan salah seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Sinar Premium apabila ditanya mengenai perkembangan keputusan pemilihan parti di 222 cabang  di seluruh negara pada Ahad.

Hal ini susulan kedudukan Farhash yang juga bekas Pengerusi PKR Perak menjadi tumpuan ramai ketika ini disebabkan keputusan beliau turut bertanding bagi jawatan Ketua PKR Cabang Gombak, menentang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada pemilihan PKR penggal 2022-2025.

Farhash Wafa


Jelas sumber dalaman PKR itu, berdasarkan perkiraan undi tidak rasmi, Farhash Wafa juga dipercayai sudah menewaskan Amirudin dengan majoriti lebih 500 undi.

Bagaimanapun, sumber itu menyatakan keputusan akhir masih terletak pada tangan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk diumumkan dalam masa terdekat. 

Tambah sumber berkenaan, keputusan itu hanya menjadi realiti sekiranya tiada perbuatan manipulasi data pemilihan PKR oleh pihak tertentu.

"Berdasarkan maklumat diterima menerusi kiraan undi tidak rasmi, Farhash boleh dianggap sudah menang jawatan Ketua PKR Cabang Gombak menewaskan Menteri Besar (MB) Selangor (Amirudin) dengan majoriti lebih 500 undi.

"Proses kiraan undi tidak rasmi boleh dilakukan kerana kem Farhash sudah pasti merekodkan kehadiran setiap penyokong sama ada mereka mengundi secara fizikal mahu pun atas talian, dengan proses culaan bagi setiap ahli yang keluar mengundi di Gombak juga turut dilaksanakan.

"Kecuali ada manipulasi data, saya percaya keputusan itu akan kekal sehingga diumumkan sebagai keputusan rasmi," ujar sumber PKR itu lagi.

Selain daripada pertembungan dua calon Timbalan Presiden PKR membabitkan bekas Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menjadi tumpuan pemilihan PKR kali ini.

Keputusan pertembungan Farhash Wafa dan Amirudin, pemimpin yang sebelum ini rapat dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, juga menarik untuk diikuti lebih 1.2 juta ahli parti itu dan pemerhati politik tempatan.

Hal ini susulan Farhash yang sangat lantang menentang kartel Azmin sebelum ini, berikrar untuk menumbangkan Amirudin kerana mendakwa tidak percaya dengan kesetiaan Amirudin susulan pernah menjadi penyokong Azmin.

Pada pemilihan PKR tahun 2018, Amirudin dipilih sebagai Ketua PKR Cabang Gombak setelah mengenepikan saingan pencabarnya, Nizam Md Saad dengan majoriti 1,115 undi.

Mengulas lanjut, sumber PKR berkenaan mendedahkan faktor utama Farhash Wafa berada di posisi selesa untuk menewaskan Amirudin ketika ini adalah bersandarkan situasi terkini di mana majoriti pengikut dan penyokong Amirudin didakwa sudah beralih sokongan kepada calon Naib Presiden PKR itu pada saat akhir.

Ujarnya, peralihan sokongan itu dipercayai berlaku kerana kelompok bekas penyokong Amirudin itu mahu melihat satu perubahan kepimpinan parti di Gombak dengan mereka yakin dengan keupayaan Farhash untuk memacu kepimpinan PKR cabang itu ke satu tahap lebih tinggi.


"Trend peralihan sokongan saat akhir kepada Farhash Wafa juga amat mengejutkan memandangkan ramai dalam kalangan pemimpin PKR menjangkakan Amirudin dan pengikut setianya akan melakukan aktiviti mobilisasi penyokong mereka untuk keluar mengundi secara besar-besaran.

"Cuma saya berharap proses pemilihan PKR kali tidak dicemari usaha manipulasi data kerana sebelum ini memang ada percubaan pihak tertentu untuk menggodam proses kiraan undi pemilihan PKR secara elektronik, namun tidak berjaya.

"Secara jujurnya, rata-rata calon bertanding pemilihan kali ini masih kurang kepercayaan terhadap sistem kiraan undi secara elektronik kerana bimbang berlaku manipulasi data dan lebih selesa menggunakan kaedah kiraan undi kertas," tegasnya.

-Sinar