Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Remaja 18 tahun tembak mati 19 kanak-kanak dan 2 guru di Texas


TEXAS: Seorang remaja lelaki membunuh sekurang-kurangnya 19 kanak-kanak dan dua orang dewasa di sebuah sekolah rendah Texas pada Selasa.

Ini adalah insiden tembakan terburuk di sekolah Amerika Syarikat dalam tempoh hampir sedekad.

Gabenor, Greg Abbott berkata, suspek dikenali sebagai Salvador Ramos, 18, yang kemudiannya ditembak mati oleh polis.

Gambar selfie Salvador Ramos di instagram

Dua anggota polis turut cedera dalam kejadian itu, tetapi kecederaan mereka tidak serius.

Motif serangan itu belum diketahui, tetapi suspek bertindak bersendirian.

Reuters melaporkan suspek turut menembak neneknya sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dan melancarkan serangan berdarah di Sekolah Rendah Robb di bandar Uvalde, Texas, kira-kira 130km barat San Antonio.

Susulan tragedi itu, Presiden AS, Joe Biden mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang sehingga waktu senja Sabtu ini.

Pada awalnya, timbul kekeliruan berhubung angka korban dan Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan rasmi memaklumkan keseluruhan 18 kanak-kanak dan dua orang dewasa, termasuk penembak itu maut.

Jurucakap Jabatan Keselamatan Awam Texas kemudian memberitahu CNN, 19 kanak-kanak dan dua orang dewasa maut, tidak termasuk penembak.