Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Saya suka fesyen walaupun nampak macam sister' -Aina Abdul


Gaya tudung macam rahib, ini respon Aina Abdul selepas dikecam. Penampilan penyanyi Aina Abdul tidak pernah tak ‘wow’ dan sentiasa menjadi topik bualan di platform media sosial.

Terbaru, imej Aina ketika menghadiri sidang media konsert A Night With Aina Abdul 2.0 dikritik oleh segelintir netizen yang rasa tak elok berpakaian seperti itu.

Gaya penyanyi bervokal mantap ini didakwa seperti rahib, biarawati gereja atau ‘sister’.

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani tampil menjawab isu tersebut dengan tenang.


Sebenarnya look hari ini memang kita nak tampil macam ni. Bukan sebab apa tapi ni memang brand Aina Abdul.

Memang akan ada elemen macam ni, surprise punya elemen.

Saya suka fesyen walaupun nampak macam sister, saya hanya appreciate benda tu as fesyen only.

Bukan saya berubah memuja

Dalam pada itu, pelantun lagu Semalam berkata dia hanya berkongsi inspirasi kepada individu yang suka dengan penampilan berbeza dari orang lain.

Fesyen just untuk statements, temporary statement. Bukan kita pakai macam ni, saya berubah saya memuja something.

Ini cara saya untuk beri inspirasi kepada mereka yang mahukan sesuatu yang lain.


Bagi di luar sana, kalau nak follow, follow la, if tak, saya bukan suruh semua orang pakai tudung macam ini. Kalau nak pakai good for you.

Aina berkata demikian ketika majlis sidang media konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA)l 2.0 yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur, pada Rabu.

Menjanjikan kejutan kepada penggemar, Aina bakal muncul dengan lapan busana menarik sepanjang konsert yang berlangsung selama dua malam.




-Ohbulan