SHAH ALAM - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer terlibat kemalangan jalan raya di Batang Kali ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat.
Beliau kini dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Perkara tersebut disahkan oleh pegawainya yang menghubungi Sinar Harian.
Rayer sepatutnya menjadi panelis Wacana Sinar pada malam ini. Kejadian nahas kenderaan tersebut dilapor Bernama menerusi satu laporan ringkas sebentar tadi.
Berdasarkan foto-foto yang dimuat naik, antara kereta yang terlibat adalah dipercayai jenis Toyota Alphard dan Ford Kuga.