Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Arul Kanda sedia jadi saksi pendakwaan kes Najib


Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy bersedia tampil sebagai saksi pendakwaaan dalam kes pindaan laporan audit firma pelaburan negara itu terhadap Najib Razak.

Peguambela N Sivananthan mengulangi bahawa anak guamnya Arul Kanda tetap dengan kenyataannya yang direkodkan oleh SPRM dalam kes membabitkan bekas perdana menteri itu.

Peguam itu memberitahu hakim perbicaraan Mohamed Zaini Mazlan semasa perbicaraan hari ini mengenai usaha pihak pendakwaan untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi utama terhadap Najib.

Sivananthan berkata Arul Kanda bimbang sama ada tertuduh bersama itu akan diberikan pembebasan sejurus selepas memberi keterangannya.

Zaini: Adakah anak guam kamu membantah permohonan itu atau okey (dengannya)?

Sivananthan: Dia bersedia untuk mengambil pendirian bahawa dia berpegang dengan kenyataan yang diberikan (kepada SPRM).

Zaini: Jadi dalam bahasa Inggeris, ya?

Kenyataan itu menyaksikan para hadirin di mahkamah ketawa dengan Sivananthan menambah bahawa atas alasan itu mereka adalah peguam.


Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya sebagai menteri kewangan ketika itu dalam mengarahkan pindaan kepada laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Arul Kanda dituduh bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan bagi mengelakkan ahli parlimen Pekan itu dikenakan tindakan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

-MalaysiaKini