Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dakwaan Muhyiddin tak terima RM1.3 juta kerana rawat kanser dipersoal, garis masa tak sama


Bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak hari ini telah mendedahkan garis masa 'timeline' mengenai dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada semalam tidak mengaku menerima wang RM1.3juta dari syarikat UKSB yang dikaitkan dengan kes Zahid Hamidi dengan alasan sedang menjalani rawatan kanser.

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan"ujar Muhyiddin ketika menafikan dakwaan tersebut kelmarin.

Kataa Muhyiddin, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut.

“Malahan pada tarikh tertentu yang dinyatakan oleh saksi kononnya saya telah menerima sogokon wang tunai, saya sebenarnya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara."ujar Muhyiddin.

“Adalah mustahil bagi saya menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan itu. Dakwaan tersebut ternyata tidak berasas,” katanya Muhyiddin lagi satu kenyataan hari ini.

Kenyataan penafian itu akhirnya dipersoal oleh Najib hari ini melaui facebook beliau.

"Benar?" soal Najib

"Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerima sumbangan wang tunai RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23 Ogos 2018) berdasarkan buku lejar syarikat itu." 

Rujuk di sini:



4 June 2018 Didakwa terima RM300k. Muhyiddin lawat Bukit Aman. [Rujuk Gambar atas]

4 Julai 2018 Didakwa terima RM500k. Muhyiddin belum jalani pembedahan.

12 Julai 2018 Muhyiddin selamat jalani pembedahan. Rujuk di sini.

7  Ogos 2018 Muhyiddin keluar hospital. [Rujuk gambar atas]

14 Ogos 2018: Muhyiddin angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di Dewan Rakyat. [Rujuk gambar atas]

23 Ogos 2018 - Didakwa terima RM500k.


sumber: FB Najib Razak