Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Elon Musk kena saman RM1.13 trilion


Seorang pelabur mata wang kripto dogecoin yang pada mulanya dicipta sebagai satu jenaka tetapi nilainya menurun selepas dipromosikan oleh Elon Musk, mengemukakan saman berjumlah AS$258 bilion (RM1.13 trilion) terhadap bilionair berkenaan dan syarikatnya iaitu Tesla dan SpaceX kelmarin.

Keith Johnson yang mengalami kerugian selepas melabur dalam dogecoin menganggap dirinya sebagai ‘seorang rakyat Amerika Syarikat yang menjadi mangsa penipuan Skim Piramid Kripto Dogecoin’.

Dia meminta tindakan undang-undangnya diklasifikasikan sebagai saman berkumpulan bagi mewakili mereka yang rugi akibat melabur dalam dogecoin sejak 2019.

Elon Musk dan Talulah Musk tiba di majlis makan malam negara di White House pada 11 Februari 2014.



Sejak Musk mula mempromosikan mata wang maya tersebut, pelabur-pelabur mengalami kerugian sekitar AS$86 bilion (RM378.19 bilion), demikian menurut anggaran Johnson.

Dia mahu Musk membayar jumlah tersebut kepada pelabur selain ganti rugi tambahan berjumlah AS$172 bilion (RM756.37 bilion)


Diasaskan dalam tahun 2013, pengasas-pengasasnya menyatakan bahawa dogecoin merupakan tindak balas ironi (jenaka) terhadap dua fenomena internet iaitu matawang kripto seperti bitcoin dan imej meme anjing Shiba Inu.

Dogecoin didagangkan pada harga kurang satu sen untuk tempoh sebahagian besar kewujudannya.


Nilainya melonjak pada permulaan 2021 dan meningkat kepada AS$0.73 (RM3.21), Mei tahun berkenaan susulan pembelian besar-besaran yang didorong oleh saga GameStop dan komen jenaka tentang dogecoin oleh Musk.

Kelmarin nilai mata wang kripto tersebut adalah kurang daripada enam sen.

Johnson berkata bahawa beliau percaya Musk meningkatkan harga dogecoin menerusi komen jenakanya dan terlibat dalam dagangan besar mata wang itu.

-Agensi