Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hakim tarik diri dengar permohonan peguam UK sertai rayuan kes Najib


KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi hari ini menarik diri daripada mendengar permohonan peguam UK Jonathan Laidlaw untuk diterima mewakili rayuan SRC International Najib Razak di mahkamah di negara ini.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, beliau sebelum ini bersama Umno dan berkhidmat sebagai senator sebelum menjadi hakim.

Tambahan, salah seorang ahli keluarga terdekatnya juga adalah seorang pemimpin Umno, parti yang pernah dipimpin Najib, katanya.


Wan Ahmad Farid berkata, beliau tidak boleh terus mendengar usul permohonan Laidlaw itu dan keputusan yang dibuat selepas itu kerana “ia tidak akan dilihat dari mana-mana sudut pun hanya sebagai perspektif undang-undang tanpa kecenderungan atau keutamaan luaran lain”.

“Saya akan mengundang kritikan tidak perlu yang akan menjejaskan integriti badan kehakiman,” katanya.

Sebutan bagi permohonan Laidlaw bagi kemasukan secara ad hoc pada mulanya dijadualkan untuk hari ini.

-FMT