Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jabatan Mateorologi sahkan fenomena hujan batu di KL (video)


SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian hujan batu dan angin kencang telah melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur bermula sekitar jam 4 petang semalam.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan imej radar dan satelit, awan hujan dan ribut petir aktif mula dicerap memasuki Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 petang.

Bagaimanapun katanya, hujan batu adalah satu fenomena yang biasa terjadi di negara ini.

“Hujan batu berlaku ketika kejadian ribut petir yang kuat berserta hujan lebat dan angin kencang.

“Apabila awam kumulonimbus yang aktif mencapai ketinggian 12 kilometer, suhu udara di dalam awan tersebut melepasi nilai ambang tahap beku dan pembentukan ketulan-ketulan ais di atas lapisan tersebut.


“Ais yang terbentuk di dalam awan turun bersama-sama hujan sebagai ketulan ais yang tidak sempat mencair sebelum sampai ke tanah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
 
Sementara itu, penduduk di beberapa kawasan di ibu negara dikejutkan dengan kejadian hujan batu pada Isnin.

Kejadian sekitar jam 5 petang itu berlaku di beberapa kawasan antaranya Ukay Perdana dan Wangsa Maju.

video: