Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kagum dengan Pavilion Bukit Bintang, warga AS sangkal Malaysia negara kelas ketiga


Masih menuju ke arah negara maju, Malaysia adalah negara yang pesat membangun dan beberapa industri di dunia dikuasai oleh negara kita. Akan tetapi, ada sesetengah golongan menganggap bahawa Malaysia berada dalam kategori negara kelas ketiga.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @tiffanywernertraveling telah berkongsi video dimana menyangkal dakwaan rakan-rakannya di Amerika Syarikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara kelas ketiga.

Menerusi video tersebut, dia mengatakan bahawa sebuah negara kelas ketiga tidak mungkin memiliki pusat beli-belah mewah yang cantik seperti Pavilion Kuala Lumpur.


Tambahnya, tiada tempat sebesar dan secantik pusat beli-belah seperti Pavilion yang wujud di tempatnya. Malah, dia juga memuji dan meluahkan rasa gembira dapat melihat tempat seperti ini.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengalu-alukan kedatangan wanita tersebut bercuti ke Malaysia. 

Akan tetapi, ada juga netizen yang mengatakan tidak terkejut dengan dakwaan rakan-rakan wanita itu di Amerika Syarikat tentang Malaysia.