PULAU PINANG: Seorang lelaki mengalami detik ngeri apabila kakinya tersangkut akibat perkhidmatan lif yang tiba-tiba sahaja mengalami masalah teknikal.
Dalam video yang berlaku di Flat Desa Pinang 2, Pulau Pinang itu memaparkan seorang lelaki yang memasuki lif itu terjatuh dipercayai tersadung kerana lif itu tiba-tiba bergerak secara mengejut kerana mengalami masalah teknikal.
Setibanya bomba di lokasi dan setelah membuat siasatan didapati benar berlaku kejadian lif terhenti, terdapat seorang mangsa (kaki tersepit) di bahagian pintu lif diantara aras GF - aras 1.
Ketua operasi bomba mengarahkan tindakan segera untuk membuka pintu lif tersebut dilakukan dengan menggunakan peralatan khas kebombaan & mangsa seorang lelaki tersebut dikeluarkan dengan selamat.
Mangsa seterusnya dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya oleh unit EMRS Jpk.