Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mana maruah Majlis Peguam?



MANA MARUAH BAR COUNCIL?

Kenapa Majlis Peguam kunci mulut terhadap  pendedahan yang mengaitkan Hakim Nazlan Ghazali? Majlis Peguam jelas sekali tidak bermaruah dan hilang integriti.

Majlis Peguam amat “selektif” dalam banyak isu yang mereka bela. Contoh terbaru ialah “konflik kepentingan” yang membabitkan Hakim Nazlan.

Badan itu sepatutnya mendesak diwujudkan tribunal menyiasat Hakim Nazlan. Amat pelik kenapa dari awal lagi Majlis Peguam tidak menuntut Hakim Nazlan tarik diri daripada membicarakan kes SRC Datuk Najib. 

Puad Zakarshi


Majlis Peguam sebelum ini pernah mendesak Hakim yang sedang  membicarakan kes SRC menarik diri kerana dia adik kepada Exco Kerajaan Pahang Dato Mohd Soffi Abd Razak.

Sedangkan Nazlan juga dikaitkan dengan konflik kepentingan kerana dia pernah jadi General Counsel dan setiausaha syarikat kepada Kumpulan Maybank. 

Sekarang ini bocor pula minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah  Maybank yang turut dihadiri oleh Hakim Nazlan. Semasa bicara, Nazlan dakwa SRC adalah “baby” kepada Najib.

Rupa rupanya Nazlan terlibat, kerana SRC diasas oleh Maybank Investment. 1MDB melantik Maybank untuk buat kajian penubuhan SRC melalui anak syarikatnya Bina Fikir.

Sebelum ini beberapa Hakim menarik diri (recused) daripada membicarakan kes kes yang mereka didakwa ada kepentingan. Kenapa Nazlan tidak lakukan perkara sama?


Quay Chew Soon, Liza Chan Sow Keng dan Datuk Mohd Arief Emran Arifin semuanya tarik diri daripada terlibat dalam perbicaraan yang membabitkan 1MDB atau SRC.

Terlalu banyak kontroversi yang melibatkan Hakim Nazlan. Rakyat mahu tindakan segera. Apa perkembangan siasatan dakwaan money laundering yang melibatkan beliau.

Saya cabar Majlis Peguam agar tampil bersuara. Dessk Hakim Nazlan disiasat oleh Tribunal Khas dan penghakimannya terhadap kes SRC Najib digugurkan. Bagi alasan kamu, jika tidak setuju.

tulisan: Puad Zarkarshi