Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pawang dedah individu sihir Ustaz Kazim melalui lukisan


Sebelum ini, Ustaz Kazim telah mendedahkan keadaan dirinya yang dipercayai terkena sihir dan mengatakan seramai enam individu telah tampil bersemuka dengannya untuk meminta maaf kerana menyihir dirinya.

Susulan itu, tular video TikTok @official_neopawangdiraja dimana dia membuat pendedahan berkenaan orang yang menyihir Ustaz Kazim. Menerusi video tersebut, dia telah melukis 4 individu berbeza yang menyihir Ustaz Kazim dengan cara berbeza.

Sosok yang pertama ialah seorang wanita bertudung dan didampingi oleh makhluk berupa hantu pocong bermata hijau, manakala sosok kedua ialah seorang lelaki berkopiah menggunakan barang sihir seperti rambut, jarum dan tisu peluh mangsa.




Bagi sosok ketiga pula ialah seorang dukun dari Indonesia dimana mempunyai lembaga hitam sebagai lembaga suruhannya dan sosok keempat ialah seorang dukun asli yang menggunakan katak dan jin harimau belaannya.






Menurut lelaki tersebut, dia tidak mengenali individu-individu yang dilukisnya dan tidak berniat untuk menuduh mana-mana pihak. 

Tambahnya, lakaran yang dikongsikan adalah sebuah lakaran ghaib yang terhasil daripada gerak yang Maha Kuasa.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan perkongsian tersebut.

Malah, ada juga segelintir netizen mempersoalkan kebenaran pada lukisan tersebut.




-TheVocket