Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis terima laporan terhadap Tan Sri Muhyiddin


MELAKA: Satu laporan polis telah dibuat terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah didakwa menerima wang sejumlah RM1.3 juta dari syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikaitkan dengan kes terhadap Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi

Dimaklumkan bahawa laporan polis dibuat oleh Dato’ Lokman Adam, Presiden Laskar Siber Malaysia dan YB Sen Dato’  Sri Ali Mohamad, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu pada jam 9.00 malam bertempat di Balai Polis Sungai Udang, Melaka.


Pada Jumaat, saksi iaitu bekas pengurus pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun, 47, memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberi dana sebanyak RM1.3 juta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2018.


Saksi ke-17 itu kemudian memberitahu mahkamah bahawa dana itu dibayar secara tunai kepada Muhyiddin pada 4 Jun 2018 sebanyak RM300,000; 4 Julai 2018 sebanyak RM500,000 dan 23 Ogos 2018 RM500,000.


-TunCarlos

video penuh laporan polis: