Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Remaja 17 tahun hilang selepas terjun dari jambatan Pulau Pinang


GEORGE TOWN – Seorang lagi anak muda yang juga individu ke-17 tahun ini dilaporkan bertindak terjun dari Kilometer (KM) 7.4 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi, mangsa, dipercayai dari Kuala Lumpur sebelum itu telah meninggalkan sebuah motorsikal jenis Yamaha 125ZR berwarna merah di atas jambatan berkenaan.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya segera menyalurkan maklumat ke Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi untuk pengaktifan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) sebaik menerima panggilan dari Balai Polis Sungai Nibong.

Menurutnya, Maritim Malaysia Pulau Pinang telah mengaktifkan operasi pada pukul 8.40 pagi tadi dengan melibatkan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam serta Pasukan Polis Marin Batu Uban.

“Untuk rekod, ini merupakan kes ke-13 yang dicatatkan Maritim Malaysia untuk tahun ini dan kedua bagi bulan Jun.

“Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Jeti Polis Marin Batu Uban dan sehingga kini usaha pencarian masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, beliau memberitahu, orang awam diminta agar melaporkan sebarang penemuan, kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.


Jumaat lalu, mayat seorang pemuda berusia 22 ditemui dalam keadaan terapung di Kuala Sungai Semilang, Juru dekat sini kelmarin setelah 33 jam dilaporkan terjun dari Jambatan Pulau Pinang 1 Jun lalu.

Mangsa sebelum itu juga telah meninggalkan kereta jenis Peugeot bersama barangan peribadinya di tepi tembok jambatan pertama itu kira-kira pukul 5.30 pagi. 

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

-Kosmo