Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tubuh tribunal khas siasat kes Hakim Nazlan


PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa satu tribunal khas dibentuk bagi menyiasat salah laku dan pelanggaran etika kehakiman terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali serta keputusan yang telah dibuat beliau terutama berkaitan kes berprofil tinggi.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tribunal khas berkenaan boleh ditubuhkan berdasarkan Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, beliau turut mendesak agar ketua hakim negara bertindak tegas terhadap dakwaan rasuah melibatkan Mohd Nazlan kerana boleh menghakis integriti badan kehakiman yang sepatutnya menjadi benteng utama kedaulatan undang-undang.

“Pemuda Umno bertegas untuk tidak akan mempertahankan mana-mana pihak yang bersalah. Namun kami percaya bahawa keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat telah dilaksanakan.

Asyraf Wajdi

“Tidak wajar sama sekali sebarang bentuk kepincangan dalam proses mendapatkan keadilan dikompromikan,” katanya di Facebook.

Asyraf berkata, Pemuda Umno memandang serius siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wang sebanyak RM1 juta dalam akaun Mohd Nazlan yang telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.


Menurut Asyraf, sudah menjadi satu amalan etika kehakiman di seluruh dunia untuk hakim mengecualikan dirinya daripada mendengar sesuatu kes yang didapati berada dalam keadaan konflik kepentingan dengan kedudukannya.

“Lebih parah lagi jika ada sebarang cubaan untuk menyembunyikan fakta penglibatan yang terkait dengan konflik berkepentingan sejak dari awal proses penghakiman dijalankan,” ujarnya.

-FMT