Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita hamil 7 bulan maut ditembak di perut


PASIR MAS: Seorang wanita yang sedang hamil 7 bulan ditemui mati di dalam kereta dengan kesan tembakan di Kampung Teresek, Repek, Pasir Mas petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemui dalam dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu kereta jenis Nissan Cefiro dengan kesan tembakan pada bahagian perut sebelah kiri.

Jumpa satu kelongsong peluru

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan yang pihak  polis telah menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4 petang selepas menemui mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta yang berada di tepi jalan.

Dari pemeriksaan yang dijalankan di dalam kereta tersebut, pihak polis telah menjumpai satu kelongsong peluru pada bahagian belakang tempat letak kaki penumpang sebelah pemandu.

“Hasil temubual dengan saksi awam mendapati, kereta mangsa telah berada di tepi jalan tersebut sejak petang Jumaat. Berdasarkan semakan, kereta itu berdaftar atas nama mangsa sendiri,” katanya.


Tahan seorang lelaki bantu siasatan

Tambah Muhamad Zaki lagi,  ibu mangsa memaklumkan yang wanita itu  sudah hamil tujuh bulan dan susulan kejadian tersebut pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bekerja sebagai buruh untuk membantu siasatan.

Tempoh tahanan reman akan dipohon bermula hari ini bagi membantu siasatan dan siasatan lanjut berhubung kes tersebut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

-Kosmo!