Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita terpaksa bersalin dalam pesawat, bayi selamat


Penerbangan Royal Brunei Airlines (RB) dari Dubai dengan penumpang seramai 173 orang mendarat dengan tambahan penumpang yang tidak di sangka di Bandar Seri Begawan pada 16 Jun 2022, Khamis selepas seorang ibu bersalin dalam pesawat. 

Bayi lelaki dalam keadaan sihat itu dilaporkan selamat dilahirkan tujuh minggu lebih awal sekitar jam 12.00 pm waktu tempatan dalam perjalanan ke Brunei, menurut syarikat penerbangan tersebut menerusi laman Instagram mereka.

Dr Mulfi Ibrahim Alkhinjar, yang juga penumpang pesawat tersebut ketikan itu menawarkan diri untuk membantu dalam proses kelahiran bayi tersebut dengan bantuan bersama Pegawai Perkhidmatan Kabin, Romzi Haji Mohamad Yusof dan Krew Kabin Siti Nurhafizzah Metassan.

“Apabila bayi itu dilahirkan saya sedar bahawa bayi itu dilahirkan di atas langit dan saya dukung bayi tersebut dengan perasaan bangga dan berbesar hati kerana menjadi sebahagian dalam proses melahirkannya.

“Ketua anak kapal, Romzi sangat teratur dalam membantu saya dan kakitangan mereka kelihatan sangat terlatih untuk menghadapi situasi seperti ini.






“Tindak balas mereka akan situasi seperti ini menjadikan proses kelahiran menjadi sangat lancar,” jelasnya.

Tambah syarikat penerbangan itu, perjalanan udara adalah selamat untuk wanita hamil tanpa sejarah komplikasi sebelum kehamilan mencapai 36 minggu.

Manakala bakal ibu yang usia kandungan lebih 28 minggu, mereka dikehendaki membawa pelepasan perubatan yang disahkan bertarikh tidak lebih dari 7 hari bersamaam surat bertulis yang menyatakan penumpang sihat untuk ‘terbang’.

-SiakapKeli