Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Warga emas maut, tertembak diri sendiri dalam kebun durian


Seorang pengusaha kebun dilaporkan maut selepas disyaki tak sengaja tertembak dirinya sendiri dalam kejadian di kebun durian miliknya, semalam.

Memetik laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku di Kampung Kongsi Dalam, Sungai Kob Karangan, Kulim, Kedah.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia akibat terkena tembakan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh, laporan polis berkenaan kejadian itu telah dibuat oleh seorang penoreh getah bersebelahan kebun mangsa.

“Sebelum kejadian, penoreh terbabit mendakwa dia ada bertemu dan berbual dengan mangsa yang turut mengajaknya mengutip durian.

“Mangsa datang ke kebun itu dengan menunggang motosikal dan turut membawa senapang patah yang digantung pada bahunya,” katanya.


Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat sebuah pondok kira-kira 700 meter dari tempat mangsa ditemui terbaring.

Pihak polis juga telah menemui motosikal miliknya di kawasan berkenaan.

“Siasatan di dalam pondok itu menemui selaras senapang patah dan polis turut mengesan cebisan isi mangsa yang terlekat pada dinding.

“Siasatan mendapati senapang patah itu telah meletup secara tidak sengaja yang mana senjata tersebut didaftarkan atas nama mangsa,” katanya.

Sumber: Kosmo