Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bersatu semakin tempang di bawah Muhyiddin, akar umbi gesa segerakan pemilihan parti



Akar umbi berpandangan bahawa Bersatu perlukan pembaharuan kepimpinan . Ia disebabkan Bersatu hari ini sudah mula hilang arah tuju yang jelas setelah terlepas kedudukan utama didalam kerajaan dan mula hilang sokongan daripada pemimpin utama parti sendiri .

Bersatu mula tempang langkah apabila Tan Sri muhyidin berjaya meraih sokongan untuk menjadi Perdana Menteri setelah Tun Mahathir meletak jawatan . 

MP dari team Azmin seramai 10 orang yang bertindak keluar dari PKR yang merupakan dari latar belakang pelbagai kaum telah memberi sokongan kepada TSMY .

Bagi memberi penghargaan dan mengenang jasa di samping memikirkan mereka tidak mempunyai parti maka mereka telah dijemput untuk menyertai Bersatu dan dijanjikan kedudukan didalam parti .

Maka Bersatu melalui perhimpunan agung khas telah meminda perlembagaan parti itu daripada parti yang berteraskan melayu dan bumiputera kepada menubuhkan satu sayap baru iaitu ‘ sayap bersekutu’ . 

Ia satu sayap baru di samping Armada dan Srikandi yang mengetengahkan ahli ‘bukan bumiputera’ bagi memberi dan mempunyai kuasa serta suara sebaris dengan ahli yang lain.

Jika sebelum ini ahli bersekutu tidak layak untuk mengundi pada pemilihan parti namun mereka sudah mula boleh mengundi dan layak untuk memegang jawatan tertinggi .

Kesinambungannya, Bersatu telah dilihat sedikit lari daripada landasan sebenar dasar perjuangan Bersatu itu mula ditubuh . 

Ia sepatutnya menjadi wadah alternatif perjuangan politik orang Melayu dan Bumiputera yang tidak mahu bersama dengan Umno dan memerlukan tempat untuk bersuara bagi membela dan membincangkan isu-isu kepentingan melayu dan bumiputera namun apabila perlembagaan telah dipinda, isu-isu kepentingan kaum mula menjadi sesuatu isu yang sensitif dan tidak boleh dibincangkan .

Ada baiknya Bersatu kembali ke pangkal jalan dengan mengikut landasan yang sebenar dengan memansuhkan semula sayap bersekutu.

Semalam kita dapat saksikan ketua sayap bersekutu telah meninggalkan parti, sebelum ini ada beberapa ahli parlimen sayap bersekutu juga telah meninggalkan Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia yang ditubuh baru-baru ini . 

Ini jelas menunjukkan mereka sedikit pun tidak menghargai tindakan parti meminda perlembagaan untuk memberi kedudukan kepada mereka.

Bersatu juga perlu segerakan pemilihan parti dan memilih pemimpin yang baru untuk membawa parti ke arah yang lebih maju dan jaya demi agama, bangsa dan tanah air .

Jika tidak, maka Bersatu mungkin tidak akan kekal lagi selepas PRU15 dan hanya akan menjadi satu sejarah .


Kita dapat lihat ramai ahli akar umbi Beratu sudah mula hilang dari radar . Bersatu tidak perlu berharap kepada jentera parti lain jika ahli akar umbi dapat dipanggil semula , diberi semangat dan keyakinan bahawa parti itu masih lagi mempunyai peluang dan dapat menjadi harapan kepada orang melayu dan bukan semata-mata parti untuk menjilat seorang pemimpin yang sepatutnya sudah bersara tetapi masih lagi mahu lakukan comeback sebagai perdana menteri ke-10 .

Jika tiada apa-apa tindakan maka lebih baik lah ahli-ahli Bersatu memikirkan semula ijtihad politik alternatif yang lebih jelas jika benar-benar mahu berjuang dan membela nasib masa depan agama, bangsa dan tanah air.

Syaiful Irfan Anang
Pemimpin akar umbi Bersatu