Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Empat sebab UMNO yakin ROS akan luluskan Pindaan Perlembagaan (video)


Kuala Lumpur: Setiausaha Agong UMNO, Ahmad Maslan hari ini menzahirkan rasa yakin bahawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) akan meluluskan juga permohonan UMNO bagi meminda perlembagaan.

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, keyakinan tersebut adalah bersandarkan kepada empat perkara penting.

Yang pertama, kerana UMNO telah melakukan pindaan tu secara teratur dan mengikut prosedur.

Yang kedua, penjawat jawatan yang membuat keputusan itu bukan 'caretaker' kerana UMNO diluluskan sambungan selama 18 bulan.


Yang ketiga, ROS juga baru-baru ini telah meluluskan pindaan perlembagaan MCA, yang lebih kurang serupa dengan UMNO.

Yang keempat, apa yang terbaik kepada satu-satu parti itu adalah hak parti itu untuk melakukan apa juga pengaturan, demi kebaikan parti. 

ROS juga sepatutnya meluluskan pindaan yang tidak berlawanan dengan undang-undang Persekutuan. 

Video: