Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu penutupan kelab komedi, Syamsul Yusof tarik balik kenyataan awal


Terbaharu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu Syamsul Yusof telah menarik balik kenyataan awal beliau yang sebelum ini membantah penutupan kelab komedi yang terpalit dengan isu hina Islam.

Menurutnya setelah mendapat tahu bahawa individu tular bernama Rizal Van Gayzel yang juga didakwa menghina Islam adalah pemilik premis tersebut, beliau telah menukar pendiriannya.

Syamsul Yusof bersama Yusof Azmi Semboyan Malaysia selepas buat laporan polis terhadap kelab komedi


Berkata semasa di dalam sidang media bersama NGO Semboyan Malaysia, Syamsul mendakwa pihak berkuasa perlu menutup kelab komedi tersebut memandangkan viralnya video pemilik kelab tersebut yang
juga didakwa menghina masyarakat dan kesucian agama Islam.

Sebelum ini, Syamsul membantah penutupan penuh operasi kelab itu di Instagram miliknya kerana berpendapat isu itu masih boleh untuk dibincangkan.

-TunCarlos.com