Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Murid diajar cara pasang kondom, netizen rasa kurang senang


Pendidikan seks di sekolah sememangnya menuai pelbagai pendapat daripada masyakat di Malaysia. 

Ada yang bersetuju ia didedahkan kepada para pelajar dan ada juga merasakan ia tidak sesuai melihat daripada umur mereka yang masih di bawah pengawasan orang tua.

Namun, melihat daripada situasi sekarang yang mana gejala sosial seakan sudah tidak terbendung, lebih elok jika pendidikan seks diajar supaya mereka faham dan tahu risiko yang akan diperoleh andai melakukan perbuatan negatif di luar sana.

Ajar cara pakai kondom

Isu tersebut kembali diperdebatkan selepas tular satu video yang dikongsikan oleh seorang guru di aplikasi TikTok menunjukan amali menggunakan kondom dengan betul.


Jelas video yang dimuat naik itu, para pelajar terbabit didedahkan dengan perkara berkenaan sebagai salah satu pendidikan seks yang harus mereka ketahui.

Dalam video yang berdurasi 24 saat itu, pelajar yang melakukan amali dengan memegang kondom terlihat malu-malu menyelesaikan tugasan tersebut.


Mungkin ini perlu diajar dari awal. 

Menurut laporan dari portal Oh My Media, difahamkan video itu telah dirakam di sebuah sekolah di Sarawak dan menuai pelbagai maklum balas daripada warganet.

Ada di antara mereka merasakan pembelajaran tersebut wajar diajar kerana ia merupakan salah satu pendidikan seks yang perlu diketahui umum dan ada pula yang beranggapan sebaliknya.

-OhMyMedia