Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penyanyi, Wany Hasrita nikah dengan Adib malam ini


Penyanyi Wany Hasrita tiba-tiba mengumumkan berita pernikahannya bakal berlangsung malam ini di sebuah lokasi secara tertutup.

Dia berkongsi perkara itu kepada tiga juta pengikut melalui Instagram miliknya sebentar tadi.

Kata Wany, 29, dia berharap para peminat dapat mendoakan yang terbaik buatnya.

“Alhamdulillah, Syukur kepada Allah, yang Maha Merancang tiap sesuatu dimuka bumi ini.

Wany, dengan rasa rendah hati, ingin memohon doa kalian semua untuk Wani menempuh kehidupan di fasa yang baru.

“Insya-Allah, Wany akan bernikah malam ini,” tulisnya.




Pada hantaran sama, penyanyi Di Sana Cinta Di Sini Rindu itu juga memohon maaf seandainya pernah melakukan kesilapan atau membuat pihak tertentu berasa kecil hati dengannya.

“Di dikesempatan ini, Wany ingin mohon maaf andai wany pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau pernah mengecilkan hati anda semua.


“Maafkan kami, doakan kami" katanya.

Bagaimanapun, Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah itu tidak mendedahkan foto atau berkongsi secara terperinci mengenai bakal suaminya.

Dia hanya berkongsi nama jejaka berkenaan iaitu Al-Adib Fahmi.

Tanda pagar #adibwany turut diwujudkan bagi berkongsi segala kemaskini berkaitan pernikahan mereka.

-MalaysiaKini