Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis sahkan 'Ikon permotoran PPBM' tiada lesen memandu


KUALA LUMPUR: Seorang pempengaruh terkenal ‘influencer’ yang pernah dinobatkan oleh parti Bersatu (PPBM) sebagai ikon permotoran telah disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu ketika ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan.


“Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.”

Polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan katanya.


-BuletinUtama