Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Presiden Sri Lanka lari ke Singapura


MALE: Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa meninggalkan Maldives dengan menaiki pesawat penerbangan Saudia Airlines (Saudia) menuju ke Singapura.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai lapangan terbang, sehari selepas pemimpin itu meninggalkan Sri Lanka.

Menurut pegawai itu, Rajapaksa, isterinya, Ioma dan dua pengawal peribadi mereka diiringi ke pesawat beberapa minit sebelum berlepas dari lapangan terbang Antarabangsa Velana di Male.

Sumber kerajaan Sri Lanka mengesahkan bahawa Rajapaksa akan tinggal di negara itu buat masa sekarang, sebelum dijangka berpindah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Semalam, Sri Lanka mengisytiharkan darurat di seluruh negara, beberapa jam selepas Rajapaksa melarikan diri ke Maldives.

Rajapaksa melarikan diri ke Maldives lebih awal tanpa membuat pengumuman rasmi mengenai peletakan jawatannya.

Pemimpin itu meninggalkan kediaman rasminya di Colombo sejurus sebelum puluhan ribu penunjuk perasaan menyerbu bangunan tersebut.


Beliau dipercayai mahu ke luar negara sebelum berundur bagi mengelak kemungkinan ditahan.

Sementara itu, seorang jurucakap penganjur tunjuk perasaan berkata, pihaknya akan berhenti daripada menyerbu bangunan rasmi.

“Kami akan berundur dari Istana Presiden, Sekretariat Presiden dan Pejabat Perdana Menteri secara aman berkuat kuasa serta merta.

“Namun, kami akan tetap meneruskan perjuangan kami,” katanya.

 – AFP