Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pukul muka dengan batang penyapu, pasangan dera anak angkat ditahan lokap


Tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai didera oleh seorang wanita yang didakwa berlaku di sebuah kediaman di Semenyih, Selangor.

Polis telah menahan wanita dan pasangannya setelah mendapat laporan dari seorang lelaki berusia 20 tahun.

Menurut laporan, kanak-kanak tersebut adalah anak angkat yang diserahkan kepada mereka setelah ibunya yang berwarganegara indonesia tidak mampu untuk menjaga. 

Polis bertindak menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan menghantar ke hospital untuk rawatan.

Terdapat beberapa kecederaan di bahagian badan kanak-kanak itu.


Menerusi rakaman dikongsi pengguna TikTok @meymockingjay itu, wanita tersebut dilihat bertindak kasar dengan menggunakan sebatang penyapu seolah-olah memaksa mangsa menjamah makanan.

Rakaman berdurasi 23 saat itu turut memaparkan mangsa berusia sekitar tiga tahun menangis selepas dipukul di beberapa bahagian termasuk pipi sambil disaksikan oleh seorang lagi wanita.

Video di sini




video: