Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rafizi bakal gantikan Anwar sebagai calon PM



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dijangkakan bakal menjadi calon Perdana Menteri Malaysia bagi menggantikan Anwar Ibrahim.

Andaian ini dibuat oleh sekumpulan pemerhati politik bebas selepas mendengar ucapan Rafizi dalam Kongres Nasional PKR 2022.
 
Perkembangan menarik ini tidak dilakukan hanya dengan populariti Rafizi yang sedang menumpukan serangan terhadap bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak. 

Sebaliknya, mereka menilai keberanian Rafizi melontarkan pandangan beliau terhadap Presiden PKR, Anwar Ibrahim semasa Kongres Nasional PKR berlangsung.

Rafizi mengingatkan Anwar beliau patut sedar dirinya semakin hilang populariti kerana kelemahan sendiri.


Ini berlaku mungkin kerana Anwar mengambil masa terlalu lama dan terlalu banyak ‘pembohongan’ berlaku sepanjang kariernya sebagai ahli politik.

Tambahan lagi, Anwar dilihat gagal menarik sokongan pengundi setelah kalah teruk dalam dua Pilihanraya Negeri baru-baru ini.

Rafizi Ramli yang menewaskan Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan Timbalan Presiden sebaliknya sudah bersedia mengambil alih tampuk PKR dari Anwar tanpa perlu memikirkan bagaimana mahu meraih populariti seperti Anwar.

Kebijakan Rafizi menyusun ‘orang’ beliau dalam MPP PKR bagi memastikan beliau boleh menguasai keseluruhan parti. 12 ‘orang Rafizi’ yang menang dalam MPP PKR membuktikan beliau mampu menumbangkan Anwar pada bila-bila masa walaupun memberi ‘Akujanji’ tidak akan menjadi Azmin ke-2 dalam parti.

-MyTv Online