Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

RoS lulus permohonan UMNO tangguh pemilihan -sumber


JABATAN Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dikatakan telah meluluskan permohonan Umno bagi menangguhkan pemilihan parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seperti mana diluluskan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebelum ini.

Menurut sumber dalaman, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat oleh ROS.

“ROS telah meluluskan permohonan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti seperti mana diluluskan dalam PAU sebelum ini.

“Surat mengenai keputusan ini sudah pun siap dan menunggu masa untuk diumumkan ROS dalam masa terdekat nanti.

“Saya difahamkan Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai perkara ini,” katanya kepada Malaysiapost, hari ini.


Sebelum ini Ismail yang juga Naib Presiden Umno dilaporkan berkata, ROS mempunyai masa sehingga 16 Julai (hari ini) untuk meluluskan pindaan perlembagaan Umno bagi menangguhkan pemilihan parti berkenaan.

“Belum dapat lagi (maklum balas). Ia dalam masa 60 hari… kalau tak silap saya sehingga 16 Julai ini. Jadi sebelum itu masih menunggu lagi,” kata Ismail.

Bagaimanapun sehingga kini, ROS masih belum memaklumkan sebarang keputusan mengenai perkara itu.

Namun, Malaysiapost difahamkan pucuk pimpinan Umno telah dimaklumkan mengenai keputusan ROS itu.

- Malaysiapost