Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Suami bawa kepala isteri yang dipenggal ke balai polis (video)


Seorang lelaki berusia 55 tahun didakwa memenggal kepala isterinya kerana mengesyaki dia mempunyai hubungan terlarang di Chandrasekharpur di daerah Dhenkanal Odisha. 

Tertuduh kemudian berjalan sekurang-kurangnya 12 km ke balai polis terdekat dengan memegang kepala isterinya yang telah terputus.

Mengikut maklumat, tertuduh dikenali sebagai Nakaphodi Majhi atau Janda pernah mengesyaki kecurangan Chanchala (isterinya) dan sering bergaduh dengannya.

Dalam keadaan marah, dia memenggal kepala Chanchala dengan senjata tajam, berikutan pertengkaran yang berlaku pada Khamis.





Keesokan paginya, Nakaphodi menuju ke balai polis Gondia dengan kepala isterinya yang telah dipenggal untuk menyerah diri.

 Kejadian itu menggemparkan Penduduk tempatan dan mereka bertindak menangkapnya ketika dia dalam perjalanan ke balai polis dengan kepala isterinya yang telah terputus tersebut.

Menurut polis, wanita yang maut itu meninggalkan dua orang anak lelaki, seorang daripadanya dilaporkan sudah berkahwin.

Video di sini

Sumber: India Today