Hari Selasa ini adalah hari yang penting buat bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang kini dalam proses terakhir bagi rayuan kes SRC.
Negara dikejutkan apabila pasukan peguamcara bagi pihak Najib yang baru saja dilantik telah digugurkan dari mewakilinya setelah tidak dibenarkan Mahkamah untuk membicara bukti terbaru dan menangguh hujahan.
Ramai yang berpendapat dengan keadaan terkini yang berlaku dalam kes rayuan SRC ini, keputusan para hakim tidak akan menyebelahi Ahli Parlimen Pekan itu.
Dalam posting terbaru Najib pada hari ini di Facebook, beliau meluahkan perasaannya.
"Perjalanan hidup setiap insan berbeza. Kita sentiasa doakan dan harap yang terbaik dalam kehidupan kita.
"Ada kalanya kita merasa usaha dan kebaikan yang kita lakukan sia-sia. Ada kalanya kita merasa susah hati dengan ujian dan dugaan.
Disamping itu, beliau juga meluahkan rasa keseorangan ketika mengadapi ujian ini.
"Dengan fitnah dan penganiayaan. Dengan harapan yang diakhiri dengan kegagalan. Dengan keikhlasan yang dibalas dengan pengkhianatan. Ada kalanya kita merasa kita keseorangan.
Awal minggu ini, mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pendengaran rayuan untuk tiga hingga empat bulan bagi membolehkan pihak tersebut mempunyai lebih masa membuat persediaan.
Pada Julai 2020, Najib disabitkan dengan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan juga mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta."