Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Belum sampai 24 jam, posting FB Najib cecah lebih 216 ribu Likes


KUALA LUMPUR: Belum sempat 24 jam catitan Facebook Najib Razak, jumlah Likes sudah mencecah lebih 216 ribu sukaan, 13 ribu kongsian dan 31 ribu jumlah komen.

Jumlah tersebut dikatakan yang terbanyak pernah diterima oleh mana-mana ahli politik.

Catitan tersebut telah dimuatnaik oleh anak beliau untuk tatapan umum.

Rata-rata netizen bersimpati dengan keputusan mahkamah terhadap bekas Perdana Menteri tersebut pada Selasa.

Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan hukuman 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta ke atas beliau.


Catitan tersebut yang mengandungi surat yang ditulis oleh beliau kepada anak-anak dan cucu telah mengundang rasa sebak netizen.

Rata-rata yang bersimpati dengan beliau mempercayai bahawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak diberi keadilan yang sewajarnya di mahkamah.

Berikut adalah kandungan surat beliau: