Ini satu penglaporan berita FITNAH yang langsung tidak bertanggungjawab dan beretika. AWANI seharusnya mendapatkan atau memetik sumber yang sahih bukan hanya sekadar menyatakan ‘sumber dalaman’ yang tidak berasas hingga mencetuskan persepsi negatif.
Saya turut berada dalam Mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi hingga pukul 1.30 tengahari. Tiada langsung agenda perbincangan mendesak PM mencampuri urusan mahkamah apatah lagi seolah-olah wujud pertentangan di kalangan kepimpinan Bahagian mengenainya.
Tangkap layar laporan AWANI yang didakwa fitnah |
Apakah logik untuk mendesak PM campur tangan kes SRC yang sudah sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan? Lagipun bukan PM yang melantik Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang ada hari ini, tidak sebagaimana zaman Tun Mahathir yang terlibat dalam pemilihan hakim-hakim seperti dakwaan Tommy Thomas selaku Bekas Peguam Negara dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness.’
Apa yang boleh saya kongsikan secara umum, perbincangan tadi lebih kepada isu-isu mengenai PRU-15.
Saya berharap AWANI lebih bertanggung-jawab dalam penglaporan berita dan berpegang kepada etika kewartawanan yang tinggi bukan seperti media-media pojok murahan yang lain.
Ya, saya akan bawa cadangan dalam Mesyuarat Pengurusan Parti akan datang untuk mencadangkan agar memulakan SAMAN ke atas Awani yang melaporkan berita palsu tanpa asas yang menimbulkan prasangka negatif dan buruk kepada UMNO.
-FB Asyraf Wajdi